Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Sunday, February 20, 2011

Offroad: Test Trek Betong Jamboree

Ahad, 20 Feb - Salam and good morning. Pagi ni layan Offroad 'International' plak hehehe. 3-4 hari lepas dapat invitation dari Hj RamlySP, ajak layan offroad diBetong, huh...kebetulan plak tarikh test trek tu aku amik cuti, truih jadik !!! Tak besa lagi layan offroad international....slalu dok layan road saja.

Pagi ni ramai jugak yg hadir, ada la kot dalam 20 lebih rider (campoq m'sia + thai). Flagoff lebih kurang kul 8:30am waktu m'sia, klu ikut jam Siam makna nya kul 7:30am ler. Keseluruhan trek dia memang best, climbing sempoi....down'bing' pun sempoi huhuhu. Tapi yang tak best, anjing byk....maklum la lalu kot kebun getah org. Anjing siam tak mcm anjing m'sia....anjing m'sia dia menyalak pun dok dari jauh, kena anjing siam dia menyalak dok tepi kaki saja....haram btoi hehehe. Total distance aku tak brapa pasti, sebab aku tak pasang meter masa kayuh tadi, tapi rasanya ada la kot dalam 30km.

DH ditrek ni dianggarkan sepanjang 4km, bagi kaki2 Downhiller....ini lah masanya untuk mengeluarkan segala bakat2 yg terpendam, klu kena plak dgn full-sus...bak kata Lontruth....sedarpppppp !!! Tetapi didalam kemeriahan dok melayan nafsu DH, berlaku plak suatu insiden yang bole jugak dianggap ngeri, menimpa salah seorang rider Siam....wanita plak tu. Aku tak tau la mcm mana punya 'suparman' masa rider tu jatuh, tp masa aku sampai rider2 lain cakap, hampir 15 menet dia pensan....jenoh dok gerak suruh bangun. Kecederaan sirius dikepala, sebab dekat dahi dia terbelah sket, perghhhh tak brani aku nak p tgk dekat2, ngeri siot. Latest news....rider ni ada di Hospital Yala dan masih dalam keadaan koma, harapan dari aku dan jugak dari semua rider yg hadir tadi, semoga cepat sembuh, marilah kita sama2 mendoakan untuk beliau. Ok....itu saja, tq.


Suasan pagi di 'uptown' Betong.



Depan kedai Amin, ada kedai mkn muslim, juai roti canai plak tu huhuhu...my feveret.



Mcm besa laa...roti teloq 2 keping hihihihhii.



Hehehe....tadaa !!!



Yaa...bersama menemani aku pagi ni, 3 org rider wakil M'sia dlm kategori Veteren, dari kiri Cikgu Hadi, Abg Mat dan Abg Masgut.



Kelihatan depan kedai Amin dah ramai rider2 Siam dok berhimpun.



Nindia geng2 jahat dari M'sia hehehe.



Kayuhan dah bermula....serbuuuuuuuuu !!!



Alamakkk....tayar pancit la pulok !!!



Didalam kekalutan menukar taya, saya ingin mengambil kesempatan utk bergambar.



Hj Ramly.



Hampir tak cam aku....Abg Lan rupanya hehehe.



Like father, like son :-)



Bergambaq bersama Fuad RCT dan Abg Mat.



Tambah angin lagi. Baguih rider siam tu....tolong-menolong.



Hehehe....welcome to Thailand >:)



Huh...spt biasa, rider ninja tak pernah mengecewakan.



Tu dia Hj Ramly....gaya climbing sropa mcm dok speeding RB.



....dan hasilnya hehehe, hidung cover sket Bang Aji.



Posing lagi...



Hehehe...layan skrembler la pulok :p



Masya'allah....indahnya pemandangan kat sini.



Tempat elok....kena brenti amik gambaq dulu.



Tragedi DH :






Harapan dari aku, semoga beliau cepat semboh. Marilah kita sama-sama mendoakan.



Bergambaq bersama Abg Lan (raja pecut dijalanan).



Huhuhuhu....klasik ni.



Feeding point di Hot Spring.



Budak kaca mata hehehe...



Rendam teloq tu....buat rebuih, sep2.



Fuhhh....kayuhan tamat, lega.



Laa...Hj Kamal sampai lagi awai, short-cut kot mana ???



Bergambaq bersama rider Siam....hat dok tumbok perut aku tu, Rider Bisu...makan apa tak tau la, tapi climbing sedia pakai crank besaq.



Bergambaq untuk dijadikan kenangan sebelom bersurai. Terima kasih byk buat Amin, kerana bersusah payah menyediakan minuman dan juga makan tgh hari untuk semua rider yg hadir.



No comments:

Post a Comment