Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Sunday, March 28, 2010

'Kapet' utk 'Tunang Pak Man', tapi kenapa 'Reban Itik' ??? Hehehe...!!!

Ahad, 28 March - Selamat sore buat membe2 seperkayuhan semua, diharap pagi tadi xtvt kayuhan anda berjalan lancar. Dah lama benar rasanya, aku tak mai bertandang ke Sg Ara. Sampaikan 'taiko' sana terpaksa meninggalkan sepatah dua kata kat shoutbox aku hehehehe. So mggu ni aku request hari ahad untuk kayuhan penderaan terhadap diri sendiri, denga beralasankan baru balik keja mlm...puak2 ni decide utk bawak aku p pusing2 trek kampung ajer huhuhuhu...dengaq mcm mudah hohoho.

Pagi ni mcm besalah, tapak pemunggahan disekitar area Dinas Sg Ara kelihatan agak meriah dengan suasana rider2 lain mai berkumpul, dlm ramai2 tu terserempak la pulak aku ngan Pon Hawkmtb, mcm mana dia ble sesat mai sini hehehe. Nampaknya pagi ni dia ada meeting ngan geng Pawana Rider, baguih2. Hari ni juga buat pertama kalinya dlm sejarah MTB, Mat Boy mai awai 25 menet...huhuhu canggih2, azam baru tu. Mengikut perjanjian dlm sms...kick stat kul 7.30am, tp besa laa...tara dok makan & sembang2 kat kedai mamak Dinas, dlm kul 8.15am baru kami stat. Destinasi pertama ialah Bkt Kapet, dgr nama pun dah cemuih...punya la jauh aku mai depa bawak naik kapet...cehhh !!! Tapi tu laa...belom smpai ataih jgn amek remeh, mmg la nek kapet...tp laluan lain, kot reverse...tp hat ni kot reverse jln besaq, mmg 'hong-leong'...padan muka aku hihihihi. Cadangan mola 'tok ketuai' nak layan Kapet then DH Pondok Upeh, paih tu naik Bkt Genting + DH pun kot Bkt Genting and lastly balik naik kot Malihom (ganaih2...mujoq ada org bangkang). Namun ada pihak ketiga yg kurang seronok dgn idea tu, dgn alasan route tu tak brapa 'hong-leong'. Selepaih buat short meeting kat Kapet, route baru adalah seperti berikut: Dinas Sg Ara - Bkt Kapet - Trail Tunang Pak Man - Trek Itik -Bayan Lepas - Dinas Sg Ara....waa sempoi woo !!!

Pagi ni tak ramai yg follow geng2 Extragear ni, yang ada pagi ni cuma Aku, Boy, Mat Abg, Yusli and Jaiz. Alamakkk...semua hat mai laju2, mampuih dah aku satg...kena wat2 beskat rosak la camni hehehe. Total distance hari ni tak jauh mana, cuma 21.3 kilo saja...tapi jarak tu cukup la utk membuatkan aku rasa mcm nak patah balik hehehe. Sekitar kul 11.30am kami emua berjaya mendarat hingga ke DInas Sg Ara dengan selamat...tiada kecerderaan dilaporkan oleh Bernama, sekian trima kasih...moh la layan pic2 kandid.


Mcm besalah...sarapan capati dulu, smbil dok cuci mata tgk awekz Panmedic hihihi...seksis.



Dlm kul 8.15am, kami baru terhegeh-hegeh nak mola.



Orait pendakian pun bermula...aik ni jln naik Kapet kot mana pulok ??



Bro Jaiz dgn tanpa segan silu, melantik kan diri sendiri sebagai sweeper hehehe, ada makna tu.



Mat Yus...dgr kata tenggelam timboi mcm biskut, tp kayuhan masih power...tak terligan.



Hahaha...amik hang >:)



Inilah akibatnya bila mai kayuh ngan otai2 Extragear, jenoh ligan depa + ble lah sedikit habuan buat pedoman dimasa akan datang hehehe.



Ni yg leceh ni, trek dah sempoi...tp finishing nak kena angkat beskal. Diharap geng Extragear amik serius rungutan aku ni, sok ni buat 1 laluan yg ble kayuh smpai pit-stop kat pondok tu.



Jai sabaq2...kalau ya pun rasa tersiksa, jgn la p telan buah betik tu...nak telan, telan dahan2 dia ok laa hehehehe.



Fuhhh...huhuhu penat tak abih lagi.



Sesampainya diKapet, suasana agak gamat dgn kehadiran rider2 lain, meriah2.



Nampaknya Mat Jai seperti tidak puas berkayuh, takpa2...sabaq sat, amik nyawa sat.



Apa2 hal pozing dulu beb.



Masa ni nak layan Trail Tunang Pak Man...mcm mana la rhope laluan tu.



Cut the story: Masa ni dah smpai kat puncak trail Tunang Pak Man (apa gambaq pun tak dan amik, sebab dok kosentret dgn laluan single trek), punya la panjang laluan memanjat dia, mmg saya suda kena main la ini hari hehehehe.



Alamakkk...kena tanggung beskat lagi. Kena buat aduan la camni...mana tahan dekkk.



Fuhhh...fuhhh...mintak nyawa, mintak nyawa.



Picture2 aku masa tgh dok beraksi :



Sob...sob...depa dera aku hari ni wuuuu...!!!



Alamakkk...DH dilaluan yg tak logik plak.



Ish...ish...hampa ni dah tau aku nak mai, pe'clear' la balak ni. Pada yg berkenaan sila amik serius dgn aduan aku ni hihihihi.



Memanjat ke Trek Itik la pulok !!!



Ok...angkat tangan semua wahai rider2 kampung hehehe.



Dipendekkan cerita, kami dah selamat landing kat puncak Trek Itik, mmg berbaloi-baloi.



Depa dua ni adalah antara perintis rider2 kampung sekitar Sg Ara hehehe.



Lihatlah pemandangan...Jln Lama ke Blk Pulau.



Tadaa...kat Blakang tu, Bkt enting pun bole nampak.



Mat Yus...bila masa pun steady, nmpak mcm tak kayuh.



Ok beriap semua...kita nak layan DH best ni.



Dari sini jugak ble nmpak Penang Bridge.



Posing dulu. Bole buat poskad picture ni hehehe.



Fuhhh...layan dia punya DH.



Akhirnya kita semua selamat mendarat dipekan Bayan Lepas.



Ok Boy...tarikkkkk !!!



Last2 Mat Abg yg tolong tarik...jenoh ligan 33 - 36km/j mana tahan dekkk.



Welcome back to Dinas.



Mana hang p Boy...kalih2 blakang tadak pun hihihii.



Muka2 kepenatan...semua ni puncanya Mat Abg laa...



Nohhh...skali isap pakai 2 straw, punya la nak bagi cepat abih hehehe.



Hehehe...minuman saya hari ni ditaja oleh Suntonik, sedap sggh ayaq ni :p



Tak cukup dgn Suntonik, ada plak peket tambahan...Hemaviton, hat ni pun sedap jugakkk.



No comments:

Post a Comment