Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Sunday, November 15, 2009

Kayuhan Klasik 'Moden'.

Ahad, 15 November - Pagi ni aku akan menyertai 1 events berbasikal yang dianjurkan oleh MKH, yang juga dinamakan Kayuhan Klasik. Hehehe...keutamaan untuk mereka2 yang ada basikal klasik atau pun dikategorikan sebagai 'Old-Skull'. Tapi besa laa...mana nak cari beskat2 tu lani, generasi baru suma pakat2 dok kayuh hat 'karbun' saja, tak pun koman2 pun 'Alu' hehehe, besi2 buruk tak main la. Paling klasik ada la sebijik beskat tu, tapi owner dia bawak mai utk tayang saja...ceh, aparaa !!! Apa-apa hal pun, tahniah kepada Tok Megat and fren's kerna telah menjayakan 1 program/aktiviti yang sehat, 'kudus' !!!

Hari ni kayuhan cuma menuju ke Bukit Hijau saja dan total distant ada la kot dalam 86 kilo (data ni diambik dari blog AnakSiong) and buat julung-julung kalinya penampilan aku bersama jentera klasik Roadbike 'old-skull' cap Peugeot hehehe, model mola2 sebelum Peugeot bok kluaq keta hahaha...mau tau la tahun bila punya, dah hampir kepada kategori basikal pra-sejarah hihihihi. Best jugak layan beskat road, ermmm...bukan 'jugak' la memang besssttt (tu tanda2 awai nak p cari beskat road paih ni), tapi ada sedikit 'sleck' masa nak balik...memandangkan frame roadbike 'sponsor' ni bukan saiz aku, jadi kayuhan agak terganggu bila mana bahu aku dah mula rasa lenguh2 sebab jenuh dok 'menerap' pegang handle, jadi nak kayuh pun dah tak leh nak kosentret...letih memang terasa sangat la sebab dok ligan palatun huhuhuhu. Lagi 1 yang tak best, masa on the way nak ke Bkt Hijau...taya depan plak pancit, alamakkk masalah besaq ni !!! Dah la beskat 'sponsor' last menet, tak dan nak p cari spare taya dalam...pagi ni kayuh just gamble saja. Dok rasa macam kena naik lori dah, tapi mujoq la Mat Zaini bagi pinjam taya dalam utk beskat road kat aku, thanks a lot bro...jasa mu akan ku kenang hehehehe. Maka tak jadi la naik lori, mujoq2 hehehehe.

Tima kasih la jugak untuk Sihar and Shukri (AnakSiong) sebab tolong teman aku tukaq taya, tapi aku mintak maap la jugak sebab aku 'tertinggal' hampa lepaih climbing 1 jalan tu hehehehe...I'm sorry !!! Jom layan picture...tak byk sgt aktiviti kameraman hari ni, sebab dok pulun 'speedy' hehehehe...full-throtle yop kwang kwang kwang !!! P/S: Tak lupa juga buat sponsor saya untuk hari ni, Team Peugeot and the 'Jinggo Jin' hehehehehe...


Suasana 'gamat' di starting point, meriah2...plan asai cuma utk 200 org saja, tapi terlajak ambilan sampai 300++ raiderz.



Yaa...nindia penampilan istimewa bersama Team Peugeot...'Old-Skull' model 106 hihihihi.



Hat ni baru btoi beskat klasik, tp tuan dia bok mai utk tayangan saja...sapa mau beli kena 'bid' harga laa. Aikk...kat bawah tu sapa dia dok melambai tangan, agak-agak ??? hehehehe.



Flag-off (picture di'curi' dari blog AnakSiong)



Hanya ini saja yg tggl, yg lain2 suma dah pederaih dulu.



Nohhh...clear, laju btoi depa ni.



Giant and Mat Dam....la baru tang ni hehehe.



Kemeriahan diBukit Hijau.



Antara geng2 'veteren' 3G yg sempat dirakam picture nya.



Spesel request dari Bro Masgut, tadi tak dan nak bergaya ngan reben hat baru beli dari Siam hehehehe...p siam sengap2 ek.



Sesi fotografi geng2 MKH. Woi Don...hang amik gambaq sapa ???



Antara peserta2 wanita yg turut serta. Eh...ehh...Kak Ros pun ada hehehehe.



Family Potret...Zahari.



Bro Zaini...tima kaseh byk la berkenaan dengan 'loan' taya dalam tu, jasa mu akan dikenang.



Bergambaq bersama para marshall...alamak Mr. Yazid pun ada jugak, lani dah hardcore.



Ini baru dinamakan klasik...Cikgu Fisol pun layan 'Old-Skull' jugak, cayalah.



Ayam tambatan 3G, Zuraidy and Shahrul...hat baju merah tu sila ignore hehehehe.



Hat ni plak...'tambat ayam', hehehehe...Dah nak abis kayuh pun steady lagi, kompom paih ni kena p cari sbijik, tp bukan hat klasik laaa hahahahaha.



Dah hampir dgn garisan penamat....time ni nak lenjan, lenjan lah habis-habisan.



Lega...tamatlah sudah episod Klasik untuk hari ini.



Terima kasih kepada penaja rasmi: Team Peugeot and the 'Jinggo Jin'.



No comments:

Post a Comment