Sabtu, 20 December - Hellooo...hahaha, nampaknya mentor aku dah blk dari pertapaannya di Sarawak. Sehari sebelom 'kejadian' dia call aku, nak ajak aku ride dengan geng2 dari luaq iaitu Geng Gerek Gunung. Aku ok saja, nak ride kat mana tu ?? Mengikut sumber maklumat, depa tu nak ride kot area Batu Kawan, hmm ni trek baru (bagi aku la).
Pagi tu sesampainya aku kat tapak starting, punya la ramai rider....wuihh meriah2. Ni kira 1st time la aku mai kayuh dgn jumlah rider yg ramai. Nama tak brapa nak ingat laa...coz ramai sgt, tp ada la 2-3 org kenalan yg sempat aku berbual. Trek kat sini sempoi jugak...bermula dgn flat road, ronda2 kot kawasan pembinaan Jambatan Ke 2. Lepaih tu climb sket p ke Jeti Pulau Aman, take 5 and minum2. Lepas saja dari situ, naik plak laluan mini tar....climbing naik ke pencawang, wuihh tinggi la jugak. Tapi hasil berkat dari training solo aku nek ke Jalan Baru and Air Itam Dam, segalanya berjalan dgn lancar...alhamdulillah syukur.
Regroup blk masa kat puncak, lepaih tu layan DH offroad plak....sempoi jalan ni, dia punya rolling mmg menarik. Masa last DH tu ada sedikit bahaya, coz kawasan tu curam sket and pasiaq kot tu pun jenis pasiaq lada, kena hati-hati laa sket. Abih saja kayuhan, Don (membe baru kenai kat situ), ajak p rumah dulu, siap sediakan sabun utk cuci beskat skali + makan minum. Terima kasih byk la Don, next time mai ble la park keta kot area rumah hang noo...hehee.
Pic kenangan bersama dgn Gerek Gunung.
Masa ni lalu kot kawasan paya, btoi2 dgn kawasan depa dok buat jambatan ke 2. Blakang aku ni, depa ni mmg otai kayuh Azizan and Wadi.
Sggh berehat kat Jeti nak ke Pulau Aman.
Nun jauh disana Penang.
Lepak minum-minum dulu, lepaih ni depa kata nak climbing.
Regroup dulu sebelom meneruskan kayuhan ke Pencawang.
Ada membe yg menghadapi masalah dgn beskat....mujoq ramai yg sudi tolong menolong.
My GT Chucker....elok punya parking.
Take 5.
Gambaq aku la plak...dari tadi tadak lagi.
DH curam...masa kat sini, semua pakat pass beskat...klu turun gak, sama la mcm bunuh diri.
Tu da Mait Apit...lama sgt bertapa kat Sarawak, hari ni kayuh nampak mcm letih saja.
Hati2...finishing depan tu, gaung.
Ada jugak membe yg jatuh, tp mujoq tadak apa2...cuma calaq sket2 saja.
Masa ni aku baru sudah DH kot kawasan 'sofa' hehehe.
Kayuhan dikira tamat lepaih saja DH kot area sofa tuh. Masa ni dok regroup semula...tq for all, hari ni kayuhan memang meriah.