Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Sunday, June 30, 2013

IKML: EDI Intake Jan 1999 - Dis 2000 [Mini Re-union pt.2]

Ahad, 30 Jun - Selamat pagi...hari minggu ni yop, apa aktiviti anda pagi ni ?? (soalan tadak kena-mengena) Aduihhh letih and mengantuk lagi aku nih. Semalam tidoq kul 4 pagi....besa laa bila dah kumpul ramai2, mana ble tidoq awai, masing2 ada story masing2....ceta best ada, ceta tak best pun ada, kata pakcik Astro...'Macam-macam ada'.

Sekitar kul 10am membe2 yang berdekatan and yang bawak anak-bini dah mula mai....suasana pun dah makin gamat bagaikan 'Sure Heboh'. Bila dah berjumpa, kata-mengata dan kutuk-mengutuk memang tak ble dipisahkan...adat resam IKML heheheee. Sempena dah berkumpul ramai2 ni, salah seorang dari rakan IKML mintak buat majlis Tahlil untuk 2 org rakan IKML yang dah arwah iaitu Norhasnan dan Anuar Hamdan, semoga roh mereka tenteram dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman, amin (sebak ler jugak). Selain dari majlis tahlil kami juga adakan meeting bagi membincangkan aktiviti mega Re-union pada 2014 nanti, harap2 semua membe2 se-IKML dapat hadir dan secara tak langsung ini bole mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, insya' Allah.

So...akhir kata dari aku, terima kaih tak terhingga kepada semua membe2 IKML batch Jan1999-DIs2000, semoga silaturrahim antara kita berkekalan sehingga ke anak cucu. Juga kepada Azimin Senin....Selamat Pengantin Baru, semoga berkelkalan sehingga ke akhir hayat, jangan lupa 'jurus' Bathtub yg Zam Ampang ajaq heheheee. Dan Al-Fatihah kepada 2 org rakan IKML yg telah kembali ke Rahmatullah iaitu Norhasnan (eksiden moto 2001) dan Anuar Hamdan (Cancer Tulang 2004)...semoga kalian ditempatkan dikalangan org2 yg beriman - amin.

Geng kain pelekat....mai2 srapan dulu, kenuri lambat lagi.



Membe dari Manjung dah sampai, Megat Hendra....dari Manjung kul 5am katanya, lepaih kenuri nak lajak p rumah mentua diRaub, Pahang.



Meja dipenuhi dengan 'otai2 koceng' hehehee.



Geng2 rumah 'skema'....Sezali Baharudin (Pisang) dan Saiful Sharizat (Ijat the King).



Kek spesel edition....khas untuk membe2 yg hadir saja, sedap yop.



Majlis Tahlil dan Mesorat Tergempaq !!!


Meeting untuk tetapkan lokasi dan tarikh untuk re-union mega 2014. Kata sepakat next year Port Dickson, bulan Ogos....jgn lupa sila menabung dari sekarang.



Alhamdulillah....sempat jugak kita ramai2 mengerjakan solat Zohor secara berjemaah, imam bertugas Zam Ampang.



Bersiap nak check out and pi kenuri Azimin (Apek).



Selamat Pengantin Baru pada Azimin Senin (Apek) dan pasangan. Dapat org Serawak tu, jgn lupa...kot tak puaih bole lumoq gambiaq hahahahaa.



Memba2 IKML pakat dok salam 'amik berkat' heheehee.



Pengantin bersama dengan otai2 utara hihihihii.



Belakang dari kiri: Zua, Aran, Halim, Megat, Zam, Juin, Pisang, Adek, Odd.
Tengah dari kiri: Wali, Apek dan pasangan.
Depan dari kiri: Yob Mizi, Yus, King Ijat, Labu.



On the way balik ke utara kami singgah rumah Juin diRawang, mai tengok dia baru dapat baby girl.



Last posing sebelom bertolak balik ke destinasi masing.



Kenangan Institut Kemahiran Mara Lumut
Elektrikal Domestik Industri, Intake Jan 1999 - Dis 2000
 Semester 2

Semester 4



No comments:

Post a Comment