Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Friday, March 20, 2015

Mencari SiDi 'Oraza'.

Jumaat, 20 March - Misi mencari kasut RB, kasut lama tapak dah lekang....dah bertahun-tahun 'latu', mungkin dah tiba masanya untuk bertukar. Jauh aku dgn Mait merantau hari nih, lepaih sampai ke Taiping. Ada 1 kedai gerek kat Taiping nih, dulu kedai kecik jaaa....dengaq kata barang2 kat sini murah, malah jauh lebih murah dari kedai2 biasa. Dah lama dah nak try pi survey kedai nih, tapi dok bertangguh, then hari nih berjaya jugak mai sampai sini...Taiping tuh hehehee.

Hmmm....dari analisis aku, kedai ni tadak la murah mana sangat, kebanyakkan price lebih kurang sama saja mcm kedai2 lain, tapi maybe sini price dia rendah sket kot. Bagi yang dok sekitar sini ok la mai beli barang kat sini, tapi bagi yg dok jauh tuh.....tak payah laa, beli saja kat kedai berhampiran rumah tuh huhuhuhu. Tokey nih cerdik, harga kat stiker dia bukak tinggi gila....pandai dia pekena orang, kalau beginner....memang terkena dah. Dah alang2 mai aku dgn Mait nak tangkap la SiDi sorang sepasang, bekenan dgn model SiDi Genius 5 and harga pun bole la dengaq. Tapi....saiz la plak tadak and tokeh tu dok promote suruh ambik Specialized. Cehhh...mana mau, org dok target SiDi lama dah, dok tgk riview dgn org dok habaq pakai SiDi ni sedap wooo. Alang2 nak beli kena sambaq SiDi teruih laaa....tapi tak ambik la model hat mahai, cari yang sedang2 saja. Tapi apa kan daya, tadak saiz la plak huh  :-(

Macam2 ada...tapi limited saiz, hmmm....



Testing2...sedap tapi sayang, kaler citarasa tadak.



OTW balik singgah Serdang sat, jumpa membe lama...otai petai.



No comments:

Post a Comment