Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, December 15, 2018

Hiking Bukit Tokkun.

Sabtu, 15 Dec - Salam dan selamat pagi. Pagi ni plan last menet dengan Mior, sempena klas dah abih kami set 1 aktiviti hiking. Kali ni kami pilih Bukit Tokkun plak sebagai destinasi 'perlancongan' huhuhu. Total 3 orang saja pagi ni, aku, Mior dgn Ron. Disebabkan area Tokkun ni aku dah besa 'tapau' naik banyak kali, jadi aku laa yang kena lead depa. Ron besa jugak dgn Bukit Tokkun ni, tapi dia layan tarmac saja, offroad 'zero' knowledge. Manakala Mior plak first time mai sini.

Aku bawak depa naik offroad ikut laluan bekas empang ayaq tu. Laluan dari starting smpai half way perjalanan, ok saja and no problem. Tetapi lepas saja dari halfway perjalanan kami dah mula terganggu dengan bekas2 pokok tumbang (kejadian 2 mggu lepas kalau tak silap, hujan lebat + angin kencang = pokok tumbang). Kalau tgk posting aku yang lepas laluan kot tarmac pun tak clear lagi. Makin lama laluan menjadi semakin mencabar, sehinggalah kami sampai disuatu kawasan yang bole dikatakan 'dead end' laluan dia. Ada apek tua 3 org depan kami, regular hiker kot nih, depa recommand suruh patah balik, coz depa pun tak jumpa laluan. Masa patah balik tu, ada 1 lagi laluan yg bole naik sehingga ke menara, kami try naik ikut situ plak. Tapi sayang, ending dia sama jugak. Kalau mai dgn renjer hutan maybe dia redah jugak, sebab tau mcm mana nak treking laluan....ni mai dgn 'Power Renger' hahahaa...solution dia patah balik laa.

Aku bawak depa kluaq ikut tarmac, iaitu laluan pertengahan antara CP Malaysia Boleh dgn CP Minum Teh/Gym. Kalau ikutkan, aku nak ajak depa naik kepencawang sambung ikut tarmac jaa. Tapi Ron dah request awai2, dia nak balik tidoq, sebab malam ni dia nak kena keja malam lagi. Aku dgn Mior ok jaa, kami layan turun bawah laa lepas tuh. Takpa geng...nanti kita mai repeat lain.


 Buah mola...peace and harmony.



 Muka tensen...laluan stuck.



 Dok pointed sumthing..."mcm ada jalan ja situ" tp x pi pun huhuhu.



 Mcm mana nak teruskan dgn laluan yg mcm nih ??



Ok laaa....walaupun patutnya bole dpt lebih lagi.



Friday, December 14, 2018

Mari Melawat Penang.

Jumaat, 14 December - Sejahtera keatas kamu...hari ni plan bawak anak2 meronda ke Penang, tapi kali ni versi acah2 pelancong + percutian bajet huhuhu. Aku bawak anak2 aku naik Komuter, park keta kat Stesen KTM Tasek Gelugoq, beli tiket menghala ke Butterworth. Nahhhh total dewasa dgn budak2, sehala baru rm4. Sampai Butterworth meronda dulu kat Penang Sentral, hmm...tak byk tmpat buka, baru 2 floor jaa yg beroperasi, lagi 2 floor still tutup, lagi pun kat luar building dia still ada construction yg masih dalam pembinaan. Dah abih meronda, layan naik feri plak...slalu naik dgn keta, kali nih layan jalan kaki saja...sronok tengok gelagat anak2, berlari merata...jenoh kampoi. Dah smpai Penang, layan jalan kaki sampai Padang Kota...pekena Mee Sotong Hameed Pata plak (jenuh beratoq aihhh). Setel makan bagi depa main plak kat taman permainan tuh. Layan smpai senja, lepak solat Magrib dulu, then cargas balik. Timing pun cun...Komuter last dari Butterworth ke Pdg Besaq kul 09:22pm. Best jugak layan camni, bajet pun ciput jaa...tiket Komuter pi blk baru rm8 + tiket naik feri rm3.20...baru rm11.20 huhuhu. Kalau pi ngan keta...siap laa minyak dgn tol, cuma trip aku pi ni kena guna energy skit laa....skali-skala huhuhu. 


 In progress tunggu Komuter.



 Gelagak anak2 dlm Komuter.



 Huhuhu...mama depa kasuit baru :-)



 View dari Penang Sentral, ada corridor utk tgk view kat luaq.



 Huhuhu...layan Starbaq cemey.



 Bukan main nooo hampa, minum ayaq mahai.



 Holiday cuti2 sekolah...andaikan kita tgh naik feri pi Langkawi...




 Yaa...benar, feri2 lani mmg berwajah baru, cuma model saja still yg lama lagik.



 Mee Sotong...sebagai pelancong, klu mai sini wajib pekena mee nih.



Time to go home.



Friday, November 30, 2018

Hiking Bukit Tok'kun.

Jumaat, 30 November - Sejahtera keatas kamu dan selamat pagi. Hari ni bawak anak bini mai riadah kat Bukit Tokkun, dah lama tak buat aktiviti outdoor dengan anak bini. Aku sendiri pun dah lama tak mai Tokkun, tadak apa sangat yang berubah. Cadangnya nak layan naik kot offroad, tp jalan ditutup sebab banyak pokok tumbang, naik kot tarmac pun sepanjang jalan pun penuh dgn pokok tumbnag. Bole tahan jugak penangan hujan lebat semalam. Aku bawak depa layan sampai Malaysia Boleh saja, ok laa tu untuk budak2. Lagi pun aku carry Mek Ecah, berat dekat sama mcm Abg Mie....waduh2.

 Fuhhh...slimnya mak hang, tayang kasut baru ler tuh hihihii.



 Ok...posing kaih anak2.



Keja mak hang la nih.



Sunday, November 25, 2018

Penang Bridge International Marathon 2018

Ahad, 25 November - Salam dan selamat pagi buta hehehe. Pagi ni event PBIM 2018, register seawai bulan 2 dulu. Tahun ni aku try challange diri sendiri untuk participate dlm acara Half Marathon = 21km. Tahun lepaih 1st time masuk PBIM, try lari 10km...Alhamdulillah dan jugak abih kan sebelom cut-off time abih. Aku sendiri pun tak sangka yang aku mampu utk jogging, dengan badan yg chubby huhuhu. Untuk Half Marathon larian start kul 3am and cut-off time yang diberi ialah 3 jam 45 minit. Aku punya target just nak bagi abih sebelum cut-off time habih. Alhamdulillah aku berjaya jugak complete sebelom masa yang diberi tamat....puaih aihhh lari, kena plak serlom kasut baru, dia punya morale up sket la kot hehehe.

 Second year dgn Mior...dia laa yg buat aku terjebak dgn event lari2 nih.



 Halfway lari...hujan rahmat turun, Alhamdulillah...byk membantu.



 Dan jugak abih sebelom cut-off time expired.



Official result...next year kita repeat lain.



Sunday, November 11, 2018

Hiking Bukit Kukus

Ahad, 11 November - Sejahtera ke atas kamu...sempena cuti tadak kelas pagi ni, aku set dengan membe study set 1 trip hiking. So aku arrange la hiking kat Bukit Kukus, simple route...estimate distance dalam 5km ++ saja. Aku pun dah lama tak pi situ, rasanya baru 2 kali pi sana....tu pun dah 5-6 tahun sudah kalau tak silap. Bukit Kukus ni kalau hampa nak tau, starting point dia naik kot Bukit Jambul jaa....ada 2 laluan, laluan pertama amik masa dalam 40min camtu dan manakala laluan kedua ambik masa dalam sejam 20min camtu. Dah alang2 pi...aku ajak depa ambik laluan hat jauh sket laa huhuhu. Lama tak pi...laluan sedikit 'darkthrone' laa, mujoq pi 3 orang...aku, Mior dgn Ron. Just nice cuaca hari nih, kami pun tak ambik byk masa sangat untuk sampai kat puncak Bukit Kukus...masing2 pun dah besa dgn keadaan hiking jd tak stop rehat sgt. Otw blk tu kami sggh dulu puncak Bkt Jambul, tempat regular hiker mai beriadah. Tgk tak brapa ramai sangat, bila tgk blk jam udah kul 11am, patut la dah tak ramai....kami pun start tadi dalam 9:30am. Ok laa chauuuuu.

 Measure by Strava



 Starting nak ke Bkt Kukus bole tahan jugak menaiknya.



 Nak sampai dah...agaknya laa hehehe.



 At last we're here.



Depa kata mcm Awie...tak patut btoi huhuhu.