Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, January 12, 2013

Offroad bersama SECC

Sabtu, 12 Jan - Salam and selamat pagi ya'all, pagi ni kayuhan offroad yang pertama bagi aku untuk tahun 2013. Kayuhan offroad pagi ni bertempat di Padang Serai (dekat rumah jerr) dan juga ditemani bersama-sama dengan geng SECC, bertambah lagi rakan2 kayuhan aku. Apa yang menariknya ride pagi ni, depa nak riki trek untuk event Mini Jamboree depa yang akan berlangsung pada 28 April 2013, insya'Allah.

Ini kali kedua aku mai trek kat sini, 1st time mai dulu aku mai dgn membe setaman, Mie dan Anas. Anas jadi 'tourist' guide masa tu, macam2 simpang dia bawak....memang tak cam laa. Hari ni pun sama jugak, tak dan nak kawat cam, kena beli GPS la camni, senang nak plot hihihihhii. Trek kat sini sama mcm trek kat blakang poli, Sg Kob and Serdang, sebab laluan dia dok main dlm kebun kelapa sawit and kebun getah, jadi kena pandai2 la  nak olah buat laluan. Kalau hat buat laluan tu 'geng penyamun'....maka 'ho-liau' la lauan dia, kalau hat buat laluan tu 'geng makan angin'....maka 'happy holiday' la kita hehehehe.

Pagi ni laluan yang geng SECC ni bawak just nice, long climbing ble tahan jugak, dekat2 'power' nak abih mujoq dah sampai hehehe....lega aihhh. Lepaih ni cuti hari sabtu kalau tak kayuh RB, ble la aku mai join geng2 nih, kayuh offroad ramai2 camni baru meriah sket suasana hihihihihi. Tq to Hazri coz bagi info untuk kayuhan hari nih, semoga sukses event Mini-Jamboree yang dirancang oleh geng SECC ni, insya'Allah.


Tempat berkumpul, simpang Taman Meloq....flagoff 08:00am




CP pertama....baru 5km start dah rasa mcm tak cukup 'nyawa'.



 Meriah...mntak2 la depa lepak lama sket hihihihi.



DH ni memang bahaya....bagi yg takut mcm aku ni laaa.



Lintaih single trek kebun getah....awas 'telaga man' ditepi hehehe.



Kedai meggi 'berpuaka'.....klasik dan trurun temurun.



Bersama Anas dan Hazri



"Bila dia nak smawa aku nih, dah nak abih tuh" - Hazri.



Jom balik !!!



Peloton mola, ni gara2 p ligan memba hat mkn meggi 2 bungkuih tu laa hahahaa.



Sampai disini saja...kayuhan kira dah complete laa. Jumpa lagi...



Thursday, January 10, 2013

Road To Jeniang II

Khamis, 10 Jan - Plan asai nak p 'tawan' Jerai hehehee....cita2 tinggi menggunung, mujoq tak jadi. Last2 buat short ride p Jeniang saja, distance tak sampai pun seratuih, tapi 'ombak besaq' banyak la pulokk !!!

Route : Pdg Serai - Jeniang - Pdg Serai.
Total Distant : 95 km
Mx Speed : 47.4 km/h
Av Speed : 27.1 km/h
Timing : 3 jam 26 menet
Riderz : Koko Odd, Azizan Proton & Khalib 'Madona'.



Fuhhh....tahun baru, frame baru, dari Italy bertukar ke USA.



Nindia owner Trek 'Madona' nih....hari ni 1st ride dgn frame baru.



Belom bermula, sudah berakhir....alamak taya pancit daaa.



'Ombak Rindu' diBukit Selambau  :-)



Welcome to Jeniang....tadaaa !!!



Renungan tajam....tu mesti dok pikiaq trik jahat, mcm mana nak 'sayoq' Trek 'Madona'.



Pebetoi apa2 yg patut, maklum la mlm tadi baru pasang.



Way to home....another 'disaster' awaiting hehehe.



Last CP....kena ayaq tebu, pakai la satgi.



Kembali bertenaga dgn ayaq nyok....aduss naya kat aku la satg.



Nyot3 slow...biaq rilex lama sket hehehee.



Kola Ketil....ada lagi sikit 'bencana alam' on the way nih, lampu merah dah nih.



Alhamdulillah...selesai.



Amik berkat, Zan kata mana nak tau kot2 ada rezeki lebih kaa hehehehee...



Tuesday, January 8, 2013

Tiga 'Serangkai' - Dos#3

Selasa, 08 Jan - Hari ni genap la usia Damia 5 bulan, dah makin membesaq anak papa nih, comei mcm papa kecik2 dulu hehehehe. So...pagi ni ada 1 lagi 'enjeksyen' yang Damia kena hadap, dalam kata saintifiknya DTaP/DT (dos 3), Hib (dos 3), IPV (dos 3) or senang cakap, cucuk 3 serangkai dos#3 hahahaa. Alhamdulillah....segalanya berjalan dengan lancar, reaksi Damia mcm besa la jugak...kriau sebab tekejut dalam 5 sec, paih tu diam la balik, syabas betteyyyy hehehehe  :-)


Alololooo...cian nyer  :-(



Damia tekejut...."tadi aku teriak pasaipa ekk ??" 



Saturday, January 5, 2013

Kayuhan Tahun Baru....2013

Sabtu, 05 Jan - Ride pembuka tirai 2013 untuk aku, 1 percubaan drastik, setelah sekian lama tak layan long distance, hari ni aku mai untuk menempah 'habuan'. Happy ending....but the performance is 'out of spec' (dah agak dah), liauuuu woooo. Thanks to all member of SPCC and JCyc....caya laaa !!!

Route : Jitra - Padang Besaq - Kangar - Jitra.
Total Distant : 131.2 km
Mx Speed : 52.7 km/h
Av Speed : 25.9 km/h
Timing : 5 jam 16 menet
Riderz : Koko Odd, Mike Apit with SPCC and JCyc.


The 'chubby' rider is return heheheheee...



Bacaan doa oleh Ustaz Raja.



Meja yang dipenuhi oleh 'Jebon2' hehehee.



Semua dah ready nampak gayanya....bole dah kot flagoff.


  
Tok Wan Ramly dah naik 'sheikh'.....tembak !!!



'Konkering' Padang Besaq.



Mai...mai....ikut saya, saya tarik pelan2 saja hehehe.



Rider2 bertaburan hehehehee...



Adussss....'membe' lama mai tokak dah huhuhu.



Keletihan jelas terpancar diwajah masing2...just nice route and distance.



Man of the match.....rider 'Sarawak'.



Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru Weiiiii...

Salasa, 01 Jan - Selamat menyambut tahun baru kepada semua rakan2 ku...peace no war !!!

Lepak Gym.....this year no Malakoff ride, tiada ride penutup dan ride pembuka. Walaubagaimana pun gaya cara hidup sehat tetap dijalankan hahaha....badan pun dah koi 'kembang' nih, macam dah tak mau susut jaa.